top of page
  • Wartawan Nabalu News

SABAH CATAT 178 KES BAHARU COVID, EMPAT KEMATIAN



29 Jun 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan penurunan 80 kes iaitu daripada 258 kes semalam (28 Jun) kepada 178 kes (29 Jun) menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 69,203 kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, empat kes kematian direkodkan hari ini iaitu dua kes di Tawau, satu kes masing-masing di Kudat dan Kota Belud.


Beliau berkata, daripada 178 kes jangkitan baharu hari ini, 102 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat, 42 kes adalah daripada saringan kluster, 17 kes adalah daripada saringan bergejala, dua kes daripada saringan bersasar dan 15 kes adalah daripada lain-lain kes.


"Kota Kinabalu merekodkan kes harian tertinggi pada hari ini dengan 32 kes, diikuti oleh Putatan (20 kes), Semporna (19 kes), Tawau (18 ke), Kota Belud (14 kes), Sandakan dan Tuaran masing-masing dengan 12 kes, Kudat dan Keningau masing-masing dengan sembilan kes.


"Manakala Papar merekodkan enam kes, Beaufort lima kes, Kalabakan dan Penampang masing-masing dengan empat kes, Pitas dan Kunak masing-masing tiga kes, Kinabatangan, Lahad Datu dan Kota Marudu masing-masing dengan dua kes, serta satu kes direkodkan di Tambunan dan Ranau.


"Tujuh daerah mencatatkan sifar kes hari ini iaitu Beluran, Telupid, Tongod, Kuala Penyu, Sipitang, Tenom dan Nabawan," katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini.


Mengenai jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital / sembuh, beliau berkata, seramai 219 pesakit sembuh menjadikan jumlah kumulatif 67,069 orang.


“Seramai 1,539 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 466orang di hospital, 988 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala 117 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.


“Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 71 orang dan 16 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.



Comentários


bottom of page