top of page

Sabah FC meterai kerjasama bersejarah dengan adidas

  • nabalunews
  • Sep 5
  • 1 min read

ree

5 September 2025


KOTA KINABALU: Sabah FC melakar sejarah tersendiri apabila menjalin kerjasama rasmi bersama jenama sukan terkemuka dunia, adidas, sebagai penaja jersi baharu untuk saingan Liga Malaysia musim 2025/2026.


Majlis pelancaran jersi baharu bertemakan "The Rise of the Rhinos" berlangsung meriah di pusat beli-belah Suria Sabah tengah hari tadi, dengan kehadiran ratusan penyokong setia yang tidak melepaskan peluang menyaksikan detik bersejarah buat kelab kesayangan mereka.


Presiden, Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Ir. Shahelmey Yahya, menyifatkan kerjasama itu sebagai satu pengiktirafan terhadap pembangunan bola sepak di negeri ini.


"Kerjasama ini membuktikan keyakinan adidas terhadap potensi Sabah FC. Ia bukan sahaja satu pencapaian penting, malah suntikan semangat buat seluruh pasukan menjelang musim baharu," katanya dalam kenyataan media hari ini.


Menurutnya lagi, jersi rasmi musim ini bukan sekadar pakaian di padang, tetapi simbol semangat, penyatuan dan kebanggaan buat seluruh rakyat Sabah.


"Kami mengajak seluruh penyokong untuk sama-sama memakai jersi ini sebagai tanda sokongan, tidak kira di stadium mahupun di luar padang," tambahnya.


Majlis pelancaran turut diserikan dengan sesi ramah mesra bersama pemain Sabah FC di Sportmart Suria Sabah.


Penyokong turut berpeluang mendapatkan tandatangan dan bergambar bersama pemain, selain membeli jersi baharu yang kini boleh didapati di semua kedai Sportmart, kedai adidas terpilih serta secara dalam talian di adidas.com.my.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page