top of page

Sabah First: Keputusan Berprinsip Demi Hak, Maruah Dan Masa Depan Sabah

  • nabalunews
  • 53 minutes ago
  • 1 min read

ree

13 November 2025


PENAMPANG: Keputusan Datuk Ewon Benedick untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) adalah satu tindakan berprinsip yang berpaksikan keberanian dan integriti demi mempertahankan maruah Sabah dan rakyatnya.


Timbalan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berkata, seluruh keluarga besar UPKO Penampang dan semua bahagian UPKO di seluruh negara berdiri teguh di belakang keputusan berkenaan.


Katanya, ia boleh disifatkan sebagai langkah besar dan berani dalam menegakkan prinsip perjuangan parti.


“Keputusan ini membuktikan bahawa hati dan jiwa Ewon sepenuhnya milik Sabah. Dia bukan sekadar seorang pemimpin, tetapi Sabahan tulen atau original Sabahan,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen Rakyat Sabah First di Dewan Kampung Gawir, malam tadi.


Donald berkata, UPKO Penampang turut memberi sokongan penuh terhadap keputusan Majlis Tertinggi UPKO untuk menarik diri daripada Pakatan Harapan.


Katanya, langkah tersebut itu dibuat bukan atas dasar politik, tetapi sebaliknya berdasarkan prinsip perjuangan “Sabah First,” katanya.


“Perjuangan ini adalah kesinambungan usaha mempertahankan hak-hak Sabah di bawah Perlembagaan Malaysia dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), termasuk hak 40 peratus hasil negeri.


“Sabah First” bukan sekadar slogan, tetapi satu pegangan hidup yang menjadi janji kepada rakyat Sabah. Ia mencerminkan tekad perjuangan yang menuntut keberanian, keikhlasan dan semangat tidak pernah mengalah dalam membela kepentingan negeri.


“Setiap keputusan, setiap tindakan, dan setiap langkah mesti untuk rakyat Sabah dahulu, bukan untuk kepentingan politik atau kepentingan luar,” katanya lagi.


Donald yang juga Ketua Bahagian UPKO Penampang berkata, perjuangan itu melangkaui kepentingan parti semata-mata kerana ia melibatkan soal maruah, hak, dan masa depan rakyat Sabah di tanah air sendiri.


“Kalau bukan kita yang perjuangkan Sabah, siapa lagi? Kalau bukan sekarang, bila lagi? bangkit bersatu demi negeri tercinta,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page