top of page

Sabah terus maju, makmur di bawah Kerajaan MADANI - Anwar

  • nabalunews
  • 5 minutes ago
  • 1 min read

ree

26 Disember 2025


KOTA KINABALU: Sabah terus mengorak langkah sebagai sebuah negeri yang lebih maju dan makmur di bawah Kerajaan MADANI menerusi pelaksanaan dasar berteraskan komitmen terhadap Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta pengurusan infrastruktur yang lebih berkesan.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kemajuan Sabah turut dipacu menerusi pemerkasaan sektor teras ekonomi termasuk tenaga, pelancongan, pertanian moden dan ekonomi biru, selain jaminan keselamatan serta kedaulatan yang lebih kukuh dan utuh.


Menurut beliau, kesemua inisiatif itu dirancang serta dilaksanakan dengan semangat kebersamaan, ketelusan dan tanggungjawab bagi memastikan manfaat pembangunan dapat dinikmati rakyat Sabah secara saksama, termasuk di kawasan luar bandar dan pedalaman.


“Insya-Allah, tekad ini akan diperkukuh pasca pembentukan Kerajaan Negeri Sabah yang baharu bagi mempercepat agenda pembangunan melalui pelaburan strategik, ekonomi inklusif, pemerkasaan infrastruktur asas.


"Selain itu, penciptaan peluang pekerjaan berkualiti, selari dengan potensi sebenar negeri ini,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook beliau hari ini.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page