SABAR Gesa Pemimpin Politik Perkukuh Akauntabiliti dan Tunaikan Komitmen Pilihan Raya
- nabalunews
- 2 hours ago
- 1 min read

28 November 2025
KOTA KINABALU: Sabah Action Body Advocating Rights (SABAR) menyeru semua pemimpin politik dan parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri akan datang untuk memperkukuh akauntabiliti serta memastikan setiap janji yang dibuat kepada rakyat ditunaikan dengan penuh integriti.
Dalam satu kenyataan rasmi, Pengerusi Lembaga SABAR, Datuk Zainie Abd Aucasa, menegaskan, suara rakyat semakin jelas melalui siri jelajah townhall yang dianjurkan di seluruh negeri.
Katanya, rakyat mahukan pemimpin yang boleh dipercayai selain golongan belia yang kini mewakili lebih separuh pengundi layak membuktikan keikhlasan, bukan slogan sebaliknya tindakan sewajarnya.
“Awal tahun ini, SABAR membentangkan 115 Aspirasi Rakyat Sabah kepada Parti Politik dan tuntutan melibatkan bidang pendidikan, kesihatan, infrastruktur awam dan tadbir urus.
“Hasil konsultasi bersama pakar, profesional dan komuniti dari Kota Kinabalu, Sandakan, Kota Marudu, Keningau dan Tawau itu telah dibentangkan kepada parti-parti politik dalam sesi townhall terakhir pada 22 Jun lalu,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.
Menurut SABAR, dokumen itu mencerminkan harapan rakyat terhadap hala tuju pembangunan serta perubahan yang ingin dilihat dalam beberapa tahun mendatang.
Katanya, SABAR turut menekankan bahawa manifesto pilihan raya perlu dilihat sebagai sebuah ikrar dan amanah, bukan sekadar bahan kempen.
“Menunaikan janji bukan hanya soal politik, tetapi penghormatan terhadap kepercayaan rakyat. SABAR mengakui sebahagian janji pilihan raya sukar dilaksanakan kerana kurang perancangan atau kekangan pentadbiran.
“Namun, SABAR melihat manifesto yang dikemukakan bagi PRN kali ini lebih tersusun dan menunjukkan komitmen lebih jelas terhadap pelaksanaan,” katanya.


















Comments