top of page

Sambutan Hari Pahlawan Semai Semangat Patriotik

  • nabalunews
  • 3 days ago
  • 1 min read

ree

31 Julai 2025


KOTA KINABALU: Sambutan Hari Pahlawan Sabah berlangsung dalam suasana penuh penghormatan di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sabah, di sini, sebagai menghargai jasa dan pengorbanan pejuang negara.


Majlis yang disempurnakan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman itu turut dihadiri Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bersama Speaker Dewan Undangan Negeri, Seri Kadzim M Yahya serta barisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah.


Turut hadir, barisan bekas-bekas anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari seluruh negeri ini.

ree

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun ketika ditemui berkata, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sambutan Hari Pahlawan kali ini.

ree

Katanya, kehadiran majlis cukup memberansangkan bukan saja orang-orang kenamaan tetapi juga dalam kalangan masyarakat termasuk kakitangan kerajaan.

ree

“Sokongan dan komitmen yang amat tinggi pada majlis sambutan Hari Pahlawan kali ini cukup membanggakan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page