top of page

Sambutan Kemerdekaan Kampung Bundu Paka semarak semangat perpaduan, patriotisme

  • nabalunews
  • 5 days ago
  • 1 min read

Oleh Kidd


31 Ogos 2026


KOTA BELUD: Semangat perpaduan dan patriotisme perlu terus diperkukuh dalam kalangan masyarakat bagi memastikan keharmonian negara terpelihara serta kemajuan dapat dinikmati bersama.


Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri III, Caryle Lajimin berkata, semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat menjadi asas penting kepada usaha membangunkan negara.



“Penganjuran sambutan seumpama ini bukan sahaja dapat menyemarakkan semangat patriotisme, malah menjadi wadah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan keharmonian dalam kalangan penduduk kampung,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika mewakili Timbalan Ketua Menteri III merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, merasmikan Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Kampung Bundu Paka, di Dewan Terbuka Tamu Desa Kampung itu, baru-baru ini.


Pelbagai acara tradisional dan santai diadakan bagi memeriahkan sambutan, termasuk pertandingan lari dalam guni,

melastik, cabutan tiket bertuah dan banyak lagi.


Carlye berkata, penganjuran program itu mencerminkan semangat kebersamaan dan kecintaan terhadap negara yang terus subur dalam kalangan penduduk Kampung Bundu Paka.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page