Satu lagi runtuhan cerun di jalan Keningau - Kimanis
- nabalunews
- Mar 10
- 1 min read

9 Mac 2025
KENINGAU: Satu lagi kejadian runtuhan cerun dilaporkan berlaku di kilometer 11.200, Jalan Keningau - Kimanis berikutan hujan berterusan pada Sabtu.
Pegawai Daerah Keningau Peter Jonu Moinjil ketika dihubungi berkata, kejadian berlaku lebih kurang jam 4 petang tadi.
Katanya, kejadian disahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dan laluan Keningau - Kimanis ditutup sepenuhnya untuk semua jenis kenderaan.
“Kejadian runtuhan ini adalah yang kedua selepas kejadian runtuhan cerun di kilometer 14.3 yang masih dalam proses penyelenggaraan.
"Jalan alternatif yang disyorkan kan oleh JKR adalah jalan Kota Kinabalu - Keningau - Tenom" katanya.
Menurutnya, runtuhan itu akan memerlukan masa kira-kira kurang dua minggu untuk dibersihkan.
Katanya, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa sebagai langkah-langkah keselamatan.
Comments