top of page

SBBA Mohon Kerjasama MPP Bagi Penganjuran Sukan Bina Badan Mr Borneo 2025

  • nabalunews
  • 4 minutes ago
  • 1 min read

ree

9 Disember 2025


PENAMPANG: Persatuan Bina Badan Negeri Sabah (SBBA) hari ini, mengadakan kunjungan hormat kepada Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Penampang (MPP), Noemi Dyena Johntren, bagi memohon sokongan dan kerjasama menjelang penganjuran Sukan Bina Badan Mr Borneo 2025.


Kejohanan yang dijadual pada 14 Disember depan itu akan berlangsung di Dewan Kebudayaan Penampang, di sini.


Rombongan SBBA diketuai Bendahari Persatuan, Jeffery Thaddeus bersama Penasihat Persatuan, Joannes Stanislaus, serta Ahli Jawatankuasa, Billy Jinawat mewakili Presiden SBBA, Clarence Runggi.


Menurut Jeffery, sesi lapor diri atlet akan diadakan pada 12 Disember depan bertempat di Bilik Mesyuarat Urusetia Dewan Kebudayaan Penampang sebagai persediaan terakhir sebelum pertandingan.


Katanya,kejohanan kali ini mempertandingkan lapan kategori iaitu Body Smart First Timer, Body Smart Model, Men Sport Physique (170cm ke bawah), Men Sport Physique (170cm ke atas), Men Bodybuilding (70kg ke bawah), Men Bodybuilding (70kg ke atas), Women Bodybuilding dan Women Atlantic Physique.


Pendaftaran yang ditutup pada 5 Disember lalu menerima sambutan memberangsangkan dengan penyertaan seramai 150 atlet dari Sabah dan Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, Negara Brunei Darussalam serta Kalimantan, Indonesia.


Selain kejohanan, SBBA turut menawarkan jualan tiket makan malam pada harga RM3,000 dan RM2,000 bagi satu meja serta pameran dan jualan suplemen bina badan dan pakaian gim sepanjang acara berlangsung.


Orang ramai dijemput hadir bagi menyaksikan kejohanan berprestij ini yang dijangka menghimpunkan atlet bina badan profesional dan amatur dari dalam serta luar negara.


Untuk maklumat lanjut, orang awam boleh menghubungi Alik Makim melalui WhatsApp di 013-883 3585.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page