Sebutan inkues kes kematian Zara Qairina esok - AGC
- nabalunews
- Aug 17
- 1 min read

17 Ogos 2025
KOTA KINABALU: Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan Mahkamah Koroner Kota Kinabalu akan mengadakan sebutan esok bagi menetapkan tarikh pendengaran inkues berhubung kematian Zara Qairina Mahathir.
AGC dalam kenyataan hari ini memaklumkan, permohonan untuk inkues itu telah dibuat oleh Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah selaras dengan subseksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].
"Memandangkan kes ini adalah berkepentingan awam, AGC akan memohon agar permohonan dipercepatkan.
"Ia bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan, bukan sahaja kepada keluarga Allahyarhamah Zara Qairina, tetapi juga kepada masyarakat umum,” menurut kenyataan itu.
Pada 13 Ogos lalu, AGC memutuskan untuk mengadakan prosiding inkues bagi menentukan punca dan sebab kematian Zara Qairina.
Ini termasuk mengenal pasti sama ada terdapat unsur jenayah atau sebaliknya.
Zara Qairina, 13, ditemui tidak sedarkan diri di bangunan asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datuk Mustapha di Papar pada 16 Julai dan disahkan meninggal keesokannya di Hospital Queen Elizabeth 1.
Kematian pelajar Tingkatan Satu itu mencetuskan perhatian meluas susulan dakwaan berlaku insiden buli membabitkan pelajar senior di sekolah berkenaan.


















Comments