top of page

Sedafiat salur RM445,600 zakat perniagaan kepada MUIS

nabalunews
Mar 18
1 min read

18 Mac 2026


KOTA KINABALU: Sedafiat Sdn Bhd menyalurkan zakat perniagaan berjumlah RM445,600 bagi tahun kewangan 2025 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan syarikat terhadap tanggungjawab sosial korporat.


Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ag Buhtamam Ag Mahmun berkata, pembayaran zakat itu merupakan amalan konsisten syarikat sejak sembilan tahun lalu dalam menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi umat Islam di negeri ini.


“Alhamdulillah, Sedafiat terus mengekalkan prestasi cemerlang sebagai penyedia perkhidmatan sokongan hospital bertaraf lima bintang oleh Kementerian Kesihatan Malaysia selama lapan tahun berturut-turut sejak 2018 hingga 2025,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa Sedafiat Sdn Bhd, di sini pada Isnin.


Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman bersama isteri, Toh Puan Faridah Tussin.


Pada majlis sama, Sedafiat turut menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada Kompleks Latihan dan Pemulihan Orang Kurang Upaya Kimanis, Papar serta Madrasah Tahfiz Al-Quran Al-Karim Kampung Benoni.


Selain itu, syarikat itu juga menyumbangkan sebuah van serbaguna kepada Rumah Anak Yatim Al-Aman Beaufort.


Turut hadir, Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah Datuk Ewon Benedick; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif; Menteri Pembangunan Belia dan Sukan Sabah Datuk Nizam Abu Bakar Titingan serta Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Isnin Aliasnih.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page