top of page
  • Wartawan Nabalu News

Seramai 130 asnaf, 22 masjid dan surau terima sumbangan 



18 Mac 2024

Oleh Wartawan Nabalu News

 

KOTA BELUD: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyampaikan sumbangan kepada 22 masjid dan surau serta 130 asnaf dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian.

 

Sumbangan untuk surau sejumlah RM21,000 adalah daripada peruntukan Touch Point ADUN manakala sumbangan untuk golongan asnaf pula daripada Yayasan Bank Rakyat (YBR).

 

Ewon menyampaikan sumbangan itu pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Kepada Masjid dan Surau DUN Kadamaian, di Masjid Kg.Tambulion, di sini, hari ini.

 



Pada majlis itu, Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada Masjid Kg.Tambulion dan RM5,000 kepada Jawatankuasa kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg.Tambulion.

 

Turut hadir Pegawai Daerah Kota Belud Hj.Bakri Nanun, Pengurus Besar YBR Syaiful Rizal Abdul Ghani dan para pemimpin masyarakat.

Comments


bottom of page