Setiap jawatan terbuka untuk dipertandingkan: Madius
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Setiap jawatan terbuka untuk dipertandingkan: Madius



17 Mei 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Wilfred Madius Tangau berkata, setiap jawatan, bermula dari ahli jawatankuasa cawangan sehinggalah jawatan Pengerusi Tetap, terbuka untuk dipertandingkan.


Beliau berkata, ini selaras dengan semangat proses demokrasi dan bimbingan perjuangan parti untuk rakyat.


“UPKO akan mengadakan Perhimpunan Agung Tri Tahunan pada tahun ini.


“Seperti semua parti politik, sudah tentu akan ada ahli parti yang ingin mengambil peluang ini untuk menyumbang kepada kemajuan parti dengan mahu memikul tanggungjawab yang lebih besar dalam parti.


“Di UPKO, kami mengalu-alukan semangat dan komitmen seperti itu daripada ahli-ahli kami,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.


Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran berkata, UPKO memahami cabaran yang dihadapi.

“Sebagai pembangkang pelbagai idea dan cadangan tentang bagaimana UPKO harus meletakkan dirinya membawa teraju perjuangan dan untuk berkhidmat dengan lebih baik kepada rakyat. Lebih-lebih lagi ketika pilihan raya umum semakin hampir.


“Namun apa yang sama penting adalah saya yakin dan berasa selesa apabila mengetahui pemilihan pucuk pimpinan baharu pada Perhimpunan Agung Tri Tahunan pada tahun ini akan berlandaskan pada memastikan perpaduan, kekuatan dan keikhlasan dalam perjuangan UPKO senantiasa terpelihara, dijaga dan dipertahankan,” katanya.

bottom of page