SIB Kelompok Kiau Kanso Terima Sumbangan 10 Kerusi Panjang
- nabalunews
- 30 minutes ago
- 1 min read

Oleh: Kidd, Wartawan Nabalu News
11 Mac 2026
KOTA BELUD: Pemaju Mukim William Ginting, dengan bantuan Pemaju Mukim Marcus Logiau dari Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Pusat Khidmat ADUN Kadamaian, telah menyampaikan sumbangan 10 buah kerusi panjang kepada Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Kelompok Kiau Kanso.
Penyerahan sumbangan ini diadakan secara ringkas di perkarangan Pejabat Pusat Khidmat ADUN Kadamaian, mewakili Timbalan Ketua Menteri III merangkap ADUN Kadamaian, Datuk Ewon Benedick.
Sumbangan kerusi panjang tersebut bertujuan melengkapi kemudahan gereja, memudahkan jemaat menjalankan aktiviti keagamaan dan perhimpunan.
Pastor Sindeh Taliban, penyelaras SIB Kelompok Kiau Kanso, menerima sumbangan itu sambil merakamkan penghargaan mendalam kepada Datuk Ewon Benedick serta pihak Pusat Khidmat ADUN Kadamaian atas sokongan berterusan kepada komuniti gereja di kawasan tersebut.











