Simulasi Pengurusan PPS Sabah Perkukuh Kesiapsiagaan Bencana di Semporna
nabalunews
4 days ago
2 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns
26 Oktober 2026
SEMPORNA – Program Latih Amal dan Simulasi Pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Negeri Sabah Tahun 2026 berjaya menghimpunkan agensi kerajaan, pasukan keselamatan, badan sukarela dan komuniti setempat bagi memperkukuh kesiapsiagaan bencana serta keupayaan pengurusan PPS.
Program selama dua hari, 24 dan 25 Oktober itu merupakan anjuran Pertubuhan Sukarelawan Anak Negeri Sabah (PESAN Sabah) dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) itu berlangsung di Dewan Arena Masyarakat Semporna.

Majlis perasmian penutupan program disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JKM, Rosmahwati Ishak. Beliau menegaskan bahawa pengurusan bencana bukanlah tanggungjawab satu agensi sahaja, sebaliknya memerlukan komitmen dan penglibatan menyeluruh semua pihak.
“Pengurusan bencana bukanlah tanggungjawab satu agensi sahaja,” katanya.
Beliau turut menekankan kepentingan kerjasama strategik antara agensi kerajaan, pertubuhan sukarela dan komuniti bagi memastikan kebajikan serta keselamatan mangsa bencana sentiasa terpelihara.

Rosmahwati juga memberikan penghargaan khusus kepada PESAN Sabah atas inisiatif menganjurkan latihan berkenaan, yang membuktikan pertubuhan sukarela mampu menjadi rakan strategik kerajaan, bukan sahaja ketika bencana berlaku, malah dalam membangunkan keupayaan dan kesiapsiagaan masyarakat.
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah (JPKAS), Jais Asri, pula menegaskan bahawa pengurusan PPS bukan sekadar menyediakan tempat perlindungan sementara.
Menurut beliau, pengoperasian PPS perlu mengambil kira pendaftaran dan penempatan mangsa, pengurusan bekalan makanan, logistik, kebersihan serta kebajikan golongan rentan seperti warga emas, kanak-kanak, orang kurang upaya dan ibu hamil.
Pegawai Daerah Semporna, Mas Syazwan Datuk Haji Masood, menekankan bahawa cabaran geografi Semporna yang merangkumi kawasan pesisir pantai, perkampungan atas air dan pulau-pulau memerlukan tahap kesiapsiagaan serta penyelarasan operasi kecemasan yang berkesan.
“Apabila berlaku bencana, setiap minit amat berharga,” katanya.
Beliau menekankan keperluan arahan yang jelas, perkongsian maklumat tepat dan kerjasama erat antara agensi, serta melihat latihan simulasi sebagai platform penting untuk menguji keberkesanan prosedur dan mengenal pasti ruang penambahbaikan.
Pengerusi PESAN Sabah, Mohammad Samsol @ Md. Shamsul Md. Rahmat, menekankan aspirasi pertubuhan untuk terus memperkasakan peranan sukarelawan sebagai rakan sokongan kepada agensi kerajaan.
“Kami mahu melihat sukarelawan bukan sahaja tampil membantu apabila bencana berlaku, tetapi turut dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran dan disiplin yang membolehkan mereka memberikan bantuan secara selamat, teratur dan berkesan,” katanya.
Program itu dilaksanakan menerusi dua komponen utama, iaitu Tabletop Exercise (TTX) pada hari pertama dan Full Scale Exercise (FSE) pada hari kedua.
TTX memberi tumpuan kepada simulasi pengurusan insiden melalui proses membuat keputusan, perkongsian maklumat dan penyelarasan tindakan antara agensi berdasarkan senario kebakaran di kawasan penempatan rumah atas air.
FSE pula menguji pelaksanaan tindakan secara praktikal, termasuk penyelarasan operasi lapangan, pengurusan pemindahan penduduk serta pengoperasian PPS bagi memastikan keperluan asas dan kebajikan mangsa dapat diurus secara sistematik. Semua kejadian dalam latihan tersebut merupakan simulasi terkawal.
Penyelaras Program, Dr. Roger Romeo, berkata kejayaan latihan itu bukan semata-mata dinilai melalui kelancaran pelaksanaan, sebaliknya melalui pengalaman dan pengajaran yang dapat dimanfaatkan semua pihak.
“Kejayaan sesuatu latihan bencana bukan diukur melalui kesempurnaan simulasi semata-mata, tetapi melalui kesediaan kita mengenal pasti kelemahan sebelum berhadapan dengan bencana sebenar,” katanya.
Beliau berharap latihan bersepadu seumpama itu dapat diperluaskan ke daerah lain di Sabah, terutama kawasan berisiko b















Comments