Sk Kibabaig Pertahankan Kejuaraan Bolasepak Mssd Penampang
- nabalunews
- Jul 8, 2025
- 1 min read

8 Julai 2025
PENAMPANG: Pasukan Sekolah Kebangsaan (SK) Kibabaig berjaya mengekalkan kejuaraan di Kejohanan Bolasepak Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) Penampang.
Pasukan berkenaan berjaya menewaskan Pasukan SK Kem Lok Kawi dengan jaringan 2 - 0, sekaligus mempertahankan kejuaraan yang dimenangi tahun lalu.
Gol pertama dijaringkan Mohd Raihan Fatah manakala gol kedua dijaringkan oleh pemain memakai nombor 10, Chelvellianno Antieng pada minit akhir perlawanan.

Tempat ketiga pula dimenangi SK Tombovo dengan menewaskan SK Kg Contoh dengan keputusan 1-0 dan pemain terbaik kejohanan disandang oleh adik Ceaser Lius dari SK Kibabaig.
Bagi anugerah penjaring terbanyak pula disandang oleh Adriel Jerry dengan mengumpul 6 jaringan.

Kejohanan kali ini disertai sebanyak 17 pasukan untuk memilih Pasukan Bawah 12 tahun untuk mewakili zon Pantai Barat pada kejohanan yang akan diadakan di Tawau, Ogos depan.















Comments