SK Tamu Darat juara kejohanan olahraga MSS Zon Selatan Kota Belud
top of page
  • Wartawan Nabalu News

SK Tamu Darat juara kejohanan olahraga MSS Zon Selatan Kota Belud


JUARA ... Ewon bergambar bersama guru-guru pengiring dan atlet kontinjen SK Tamu Darat.

21 Julai 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Kontinjen Sekolah Kebangsaan (SK) Tamu Darat dinobatkan juara keseluruhan pada Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sukan (MSS) Zon Selatan Kota Belud kalu ke-46, di Kompleks Sukan Botung, di sini, hari ini.


Tempat kedua dimenangi oleh pasukan SK Tuguson dan tempat ketiga pasukan SK Taginambur.


Kejohanan yang berlangsung selama dua hari itu disertai kira-kira 250 orang atlet daripada 18 buah sekolah rendah Zon Selatan Kota Belud.


Ewon (dua dari kiri) bersama guru-guru, bergambar bersama olahragawan dan olahragawati MSS Zon Selatan Kota Belud.

Majlis perasmian penutupan disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick.



Sebanyak lapan acara dipertandingkan iaitu acara 100m, 200m, 4x100m, 4x200m, lompat jauh, lontar peluru, lompat tinggi dan lompat pagar.


Ketika berucap pada majlis itu, Ewon merakamkan ucapan terima kasih kepada Yayasan Bank Rakyat atas sokongan berterusan kepada sekolah-sekolah di seluruh negara terutamanya di kawasan Kota Belud.



“Yayasan Bank Rakyat telah memberikan sumbangan sebanyak RM12,000 untuk menjayakan acara sukan MSS Zon Selatan.


“Sebelum ini Yayasan Bank Rakyat juga telah memberikan sumbangan kepada 31 buah sekolah rendah dan menengah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian melalui Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) “Bantu Sekolah”.


Ewon berharap, daerah Kota Belud melahirkan atlet-atlet bertaraf dunia pada masa akan datang.


Ewon menyampaikan cenderakenangan kepada guru besar SK Taginambur.

“Saya akan terus menyokong penganjuran acara-acara sukan seperti ini termasuk kejohanan olahraga bagi melahirkan atlet berbakat besar untuk diketengahkan di peringkat lebih tinggi,” katanya.


Turut hadir Pengurus Besar YBR Syaiful Rizal Abdul Ghani, Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat Mohamad Ghazali Zainal Abidin dan guru-guru besar sekolah rendah Zon Selatan Kota Belud.




bottom of page