top of page
  • Wartawan Nabalu News

SKM laksana program CSR di Sepanggar


9 November 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) melalui Gerakan Koperasi, melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Sepanggar.

Dalam program itu seramai 50 penerima dari lima kampung kawasan Parlimen Sepanggar menerima bantuan bakul makanan.


Bantuan itu disampaikan oleh Ahli Lembaga Pengarah SKM, Datuk Wong Thien Fook, yang mengunjungi rumah-rumah penerima bantuan.

Pemberian bantuan bakul makanan ini merupakan inisiatif beliau dalam membantu golongan yang memerlukan di lima kawasan yang telah dikenalpasti.


"Program CSR ini sejajar dengan prinsip koperasi yang ke-7, iaitu prihatin terhadap masyarakat. Program ini berjaya menunjukkan keprihatinan SKM dan gerakan koperasi sebagai usaha berterusan membantu rakyat yang terkesan akibat kenaikan harga barang,” menurut kenyataan SKM.


Selain itu, program itu juga adalah sebagai platform untuk menyampaikan konsep dan nilai membudayakan masyarakat berkoperasi kepada penduduk kampung, dan menggalakkan mereka menubuhkan koperasi sebagai satu cara meningkatkan taraf hidup.


Turut serta dalam program itu ialah Pengarah SKM Sabah, Matias Kundapin.

bottom of page