top of page

Sokong Kemudahan Rumah Ibadat, UPPM Kadamaian Sumbang Kerusi

  • nabalunews
  • 34 minutes ago
  • 1 min read

Oleh Wartawan Nabalu News: Kidd


6 Mac 2026


KOTA BELUD: Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Pusat Khidmat ADUN Kadamaian telah menyampaikan sumbangan peralatan gereja berupa 10 buah kerusi panjang kepada Gereja Seventh-day Adventist (SDA) Morugion di Kampung Tuguson sebagai usaha membantu melengkapkan kemudahan untuk kegunaan para jemaat di kawasan berkenaan.


Sumbangan tersebut disampaikan bagi mewakili Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, dalam satu majlis penyerahan ringkas yang diadakan di perkarangan Pejabat ADUN Kadamaian.


Wakil penerima sumbangan, Yalip Sarun, menzahirkan penghargaan atas keprihatinan Pusat Khidmat ADUN Kadamaian yang sentiasa memberi perhatian terhadap keperluan komuniti setempat, termasuk kemudahan rumah ibadat di kawasan luar bandar.


Beliau berkata, sumbangan kerusi panjang itu akan dimanfaatkan oleh para jemaat Gereja SDA Morugion bagi meningkatkan keselesaan ketika menjalankan aktiviti keagamaan serta perhimpunan gereja pada masa hadapan.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page