top of page

SPS, Marudu Fertigasi dan PPK Kota Marudu Bangun Ekosistem Agro-Usahawan Melalui Projek Fertigasi

  • nabalunews
  • 5 hours ago
  • 1 min read

28 Januari 2026


KOTA MARUDU: Sasaran Progressive Solution (SPS) terus memacu inisiatif pertanian moden di daerah ini menerusi pembangunan ladang fertigasi berteknologi tinggi hasil kerjasama strategik bersama Marudu Fertigasi dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kota Marudu.


Ladang yang menggunakan sistem pengairan dan pembajaan automatik itu merupakan sebahagian daripada usaha membangunkan ekosistem agro-usahawan yang mampan di peringkat akar umbi.


Pengarah Urusan SPS, Pillexson James, berkata ia hasil lawatan kerja ke tapak projek baru-baru ini bagi meninjau secara langsung kemajuan pelaksanaannya.

“Pendekatan SPS dalam kerjasama ini berpaksikan tiga teras utama iaitu membina projek yang berdaya maju, melahirkan bakat usahawan tani daripada kalangan belia tempatan dan membangunkan ekosistem yang dapat melahirkan lebih ramai pencipta ekonomi.

“Projek kolaboratif ini berjaya menggabungkan elemen kewangan, kepakaran teknikal dan tapak projek dalam satu rangkaian yang saling melengkapi,” katanya.

Menurutnya, antara pencapaian signifikan setakat ini termasuk penjanaan dua peluang pekerjaan buat belia tempatan selain turut diberikan pendedahan serta bimbingan praktikal berstruktur dalam bidang pertanian moden sebagai persediaan ke arah keusahawanan tani yang kompetitif.


“Langkah permulaan ini, dengan izin Tuhan dan hala tuju yang jelas, diharap dapat memberi impak positif jangka panjang kepada pembangunan sosioekonomi belia dan komuniti setempat,” katanya.


Projek ladang fertigasi moden ini dijangka menjadi model rujukan bagi inisiatif-inisiatif pertanian tepat dan mampan lain di negeri Sabah.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page