Suami isteri cedera parah dalam kemalangan
- nabalunews
- 10 minutes ago
- 2 min read

24 Mei 2025
KENINGAU: Pasangan suami isteri dari Kampung Kilo Lanas Sook berusia 60 dan 55 tahun parah dalam kemalangan yang berlaku Batu 14 Jalan Sook - Keningau melibatkan kenderaan Single Cab Isuzu Dmax dan pacuan empat roda Ford Ranger pada Jumaat.
Pemandu kereta Isuzu Single Cab cedera di lutut manakala isterinya mengalama kecederaan patah bahu kanan dan tulang rusuk.
Sementara itu, pemandu Ford Ranger dari Ulu Tomani, Tenom cedera di bahagian leher dan Pendarahan di kepala dan penumpang dari Kampung Bundu Paka, Kota Belud cedera ringan dibahagian tangan kanan.
Kedua-dua mereka berusia 25 tahun bertugas sebagai Juru Audit Perhutanan Di Global Forestry Service.
Ketua Polis Daerah Keningau Supritendan Yampil Anak Garai yang mengesahkan kejadian itu berkata, pada hari kejadian lebih kurang jama 4.50 petang, polis menerima laporan orang awam memaklumkan ada kemalangan berlaku di Batu 14 Jalan Sook - Keningau melibatkan dua buah kenderaan.
Katanya, siasatan awal kenderaan Ford Ranger bergerak dari arah Sook menuju Keningau dan kenderaan Isuzu Dmax
bergerak dari arah Keningau menuju Sook.
"Semasa di tempat kejadian apabila kenderaan melalui satu selekoh tiba-tiba pemandu kenderaan Ford Ranger telah hilang kawalan lalu masuk ke laluan kenderaan Isuzu Dmax menyebabkan kedua-dua kenderaan telah bertembung depan dengan depan" katanya.
Akibat pertembungan itu jelasnya, kenderaan Ford Ranger telah terbalik diatas tengah jalan manakala kenderaan Isuzu Dmax telah terbabas di bahu jalan sebelah kiri.
Hasil siasatan lanjut mendapati pemandu Ford Ranger gagal mengawal kenderaan selepas melalui laluan berselekoh sehingga menyebabkan kenderaan yang dipandunya masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar hadapan kenderaan Isuzu Dmax
dan menjadi punca kemalangan berlaku.
Walau bagaimanapun katanya, siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Suami isteri yang mengalami kecederaan parah serta pemandu dan penumpang kenderaan Ford Ranger dirawat Hospital Keningau.
Comments