Suara Sokongan Kepada YB Datuk Ewon Benedick
- nabalunews
- Nov 10, 2025
- 1 min read

𝗣𝗿𝗲𝘀𝗶𝗱𝗲𝗻 𝗨𝗣𝗞𝗢 | 𝗣𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗕𝗲𝗿𝗽𝗿𝗶𝗻𝘀𝗶𝗽 | 𝗔𝗻𝗮𝗸 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵 *Sejati*
Yang Berhormat Datuk Ewon Benedick,
Kami suara anak Sabah dari lereng tinggi Lasau Podi hingga ke lembah Tambulion dan Piasau, dari tanah tinggi Sayap ke lembah Taginambur dan Tambatuon hingga ke tanah tinggi Kiau dan Lobong-Lobong, kami berdiri teguh di belakang YB. Kami tidak hanya menyokong, tetapi berjuang bersama dalam semangat mempertahankan maruah, hak dan kebenaran untuk negeri tercinta, Sabah Tanah Air Ku.
YB Datuk, langkah berani YB bukan sekadar keputusan politik, tetapi laungan hati seorang anak Sabah sejati yang tidak rela melihat negeri ini terus dinafikan haknya dan suara rakyatnya terus ditenggelamkan oleh kepentingan kuasa.
Dalam saat ramai memilih diam, YB memilih untuk berdiri menegakkan kebenaran walau di tengah ribut.
Kami melihat dalam diri YB, semangat pemimpin sejati, pemimpin yang tidak tunduk pada tekanan, tidak menjual prinsip demi kedudukan, dan tidak pernah lupa dari mana perjuangan ini bermula.
Sabah memerlukan lebih ramai pemimpin seperti YB, yang berani berkata benar, yang berani melawan arus, dan yang meletakkan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan diri.
Kami, generasi anak Sabah, bangkit bersama YB!
Kami percaya perjuangan ini bukan sekadar untuk hari ini, tetapi untuk masa depan Sabah yang berdaulat, bermaruah dan berhak menentukan nasibnya sendiri dalam semangat MA63 yang luhur.
Teruslah mara YB,
Kerana di belakangmu berdiri ribuan anak Sabah yang tidak akan gentar berjuang bersama kebenaran.
Hidup perjuangan anak Sabah!
Hidup pemimpin berprinsip!
Hidup Ewon Benedick!
Demi hak 40% hasil Sabah!
Demi Sabah, demi rakyat, demi kebenaran!


















Comments