Sugandoi Songkotuon Kaamatan Tuaran 2023 cari bakat penyanyi veteran
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Sugandoi Songkotuon Kaamatan Tuaran 2023 cari bakat penyanyi veteran


Herman Tunggiging.

15 April 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


TUARAN: Kategori Songkotoun dalam Pertandingan Sugandoi Kaamatan Peringkat Daerah Tuaran 2023 masih belum mendapat sebarang penyertaan daripada penyanyi veteran berusia 60 tahun ke atas.


Oleh itu, Pengerusi Jawatankuasa Sugandoi Kaamatan Daerah Tuaran, Herman Tunggiging, mempelawa peminat seni hiburan tempatan yang dalam lingkungan umur tersebut untuk menyertai pertandingan itu dan mewakili daerah Tuaran ke peringkat Negeri nanti.


“Kehadiran anda semua sudah tentu dapat memeriahkan lagi sesi Saringan itu nanti,” katanya.


Sesi Saringan akan diadakan pada 16 April ini di Dewan Masyarakat Tun Hamdan bermula jam 10 pagi. Pendaftaran boleh dibuat secara online atau hadir pada hari tersebut.


Herman berkata iklan telah dibuat beberapa minggu lalu tetapi tiada yang mendaftar secara online untuk kategori tersebut.


Jelas beliau, daerah Tuaran ibarat ketandusan penyanyi lagu-lagu lama Songkotoun, kerana belum lagi mendapat sebarang penyertaan sejak diiklankan beberapa minggu lalu.


“Mungkin belum ada yg berani menyahut cabaran ini, atau mungkin juga mereka sengaja menunggu pada saat akhir (16 April) nanti barulah mereka hadir mendaftar,” katanya.


Dalam pada itu, beliau mendedahkan bahawa kategori Terbuka pula mencatat penyertaan tertinggi iaitu hampir 50 orang, manakala kategori Dazanak seramai lebih kurang lima orang.


Daerah Tuaran telah berjaya melahirkan Juara Sugandoi Dazanak Peringkat Negeri Sabah pada tahun lalu iaitu Jesse Eamanda Jackhlee.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page