Sukan Rakyat sempena Hari Malaysia pupuk semangat perpaduan rakyat

3 Okt 2023
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Sukan Rakyat Sempena Hari Malaysia ke-60 anjuran UPKO Cawangan Kg Sg Memanjang, PDM Jaya Bakti yang bertujuan memupuk perpaduan rakyat berjaya menarik penyertaan semua lapisan masyarakat terutamanya golongan muda.
Ketua Penerangan UPKO yang juga Ketua Bahagian UPKO Libaran Dr Peter Jr Naintin berkata, acara itu berlangsung tiga hari bermula 28 September lalu mendapat sambutan amat menggalakkan.
Beliau berkata, penganjuran Sukan Rakyat merupakan satu inisiatif yang baik untuk meningkatkan semangat patriotisme dan perpaduan rakyat.

"Kita perlu menghargai dan menyambut Hari Malaysia dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Sukan Rakyat ini adalah salah satu cara untuk menunjukkan rasa cinta kita kepada negara dan rakyat.
“Ini dapat ditunjukkan melalui penyertaan golongam muda dan semua lapisan masyarakat untuk menjayakan acara ini. Generasi muda inilah harapan kita untuk masa depan yang lebih baik," katanya.
Selain sukan rakyat, acara lain yang turut dipertandingkan ialah pertandingan futsal dan bola tampar bagi lelaki dan wanita, tarik tali, melontar bulu tangkis dan larian kanak-kanak.
Pertandingan itu dipengerusikan Timbalan Ketua Bahagian UPKO Libaran Aspar Jainal.
Comments