Sukarelawan Hantar Misi Bantuan Banjir ke Kampung Kemabung, Tenom
- nabalunews
- 4 hours ago
- 1 min read

Oleh: Kidd
7 Mac 2026
KOTA BELUD: Persatuan Kebajikan Semangat Kasih Kota Belud (PKSKKB), dengan kerjasama Kelab Permotoran Siou Otolikudan (KPSO), telah menjalankan misi penghantaran bantuan banjir ke Kampung Kemabung, Tenom pada 6 Mac (Jumaat).
Penghantaran bantuan bermula dari Pusat Pengumpulan Bantuan di Ranau sebelum dibawa ke kawasan yang terjejas akibat banjir.
Misi kemanusiaan ini melibatkan sembilan sukarelawan yang terdiri daripada Pengerusi dan Bendahari PKSKKB, Pengerusi KPSO, serta ahli dan sukarelawan persatuan. Pasukan ini bergerak menggunakan tiga buah kenderaan pacuan empat roda (4x4) bagi memastikan bantuan tiba dengan selamat ke lokasi sasaran.

Tujuan utama misi ini adalah untuk menyampaikan sumbangan bantuan kepada mangsa banjir, membantu meringankan beban keluarga yang terjejas, serta memupuk semangat keprihatinan dan solidariti masyarakat terhadap mereka yang memerlukan.
Misi tersebut turut mendapat sokongan dan tajaan perjalanan daripada Datuk Ewon Benedick, Timbalan Ketua Menteri III merangkap ADUN Kadamaian, yang sentiasa prihatin terhadap usaha kebajikan dan bantuan kepada masyarakat.
Persatuan juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para penyumbang, termasuk Takas Borneo, Ogorot Cafe, Cikgu Juliana, Ros, Taima, Katijah, Lomini, Demin, Kidd Vai (Nabalu News), Tommy Sumbing, Joy, Lorine (Pelancongan Nahutu), Dukilin, Rozita, Saipa Angkot, Lianu, dan Robin, atas keprihatinan dan sumbangan ikhlas mereka.
.















Comments