top of page

Sumbangan Dana Makan Minum Disampaikan Sempena Taklimat Tamu Desa

  • nabalunews
  • 4 hours ago
  • 1 min read

ree

25 Ogos 2025


KOTA BELUD: Pemaju Masyarakat, Clarence Somuil mewakili Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Neger Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, telah menyampaikan sumbangan dana bagi tujuan makan dan minum kepada penduduk kampung yang hadir dalam sesi taklimat berkaitan tamu desa, baru baru ini.


Majlis ringkas itu diadakan di Pejabat Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian dan dihadiri oleh beberapa wakil penduduk, termasuk pemimpin masyarakat setempat. Inisiatif ini bertujuan untuk menyokong penglibatan aktif komuniti dalam perancangan dan pelaksanaan program tamu desa yang bakal dilaksanakan di kawasan berkenaan.


Wakil penerima sumbangan, Mujin Soborong, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Bundu Paka, menyatakan penghargaan atas sumbangan tersebut, yang menurutnya mampu menggalakkan kehadiran dan kerjasama penduduk dalam setiap program pembangunan desa.


Program tamu desa yang dirancang bukan sahaja berperanan sebagai platform ekonomi tempatan, tetapi juga menjadi ruang interaksi sosial serta pemerkasaan komuniti luar bandar. Sumbangan seperti ini diharapkan dapat memperkukuh sokongan terhadap inisiatif kerajaan dalam memperkasa ekonomi rakyat di peringkat akar umbi.

 
 
 

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page