Sumbangan Program Ramah Mesra Hari Raya Disampaikan di Pejabat ADUN Kadamaian

Oleh: Kidd
17 Mac 2026
KOTA BELUD: Caryle Lajimin Setiausaha Politik kepada Datuk Ewon Benedick yang juga Timbalan Ketua Menteri III merangkap ADUN Kadamaian, telah mewakili beliau dalam majlis penyampaian sumbangan bagi Program Ramah Mesra Hari Raya yang berlangsung di Pejabat ADUN Kadamaian, hari ini.
Sumbangan tersebut telah disampaikan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tegudon, Mohd Norfazilan serta Pengerusi JKKK Kampung Lobong-Lobong, Mohd Hamza Samin. Program ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara pemimpin dan masyarakat setempat sempena sambutan Hari Raya yang bakal menjelang.

Majlis tersebut mencerminkan komitmen berterusan pihak kepimpinan kawasan Kadamaian dalam memastikan kebajikan penduduk kampung sentiasa diberi perhatian, di samping memperkukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan komuniti setempat.















Comments