Sumbangan Takziah ADUN N11 Kadamaian di Kampung Kinasaraban
- nabalunews
- 2 hours ago
- 1 min read

29 Januari 2026
KOTA BELUD: Pemaju Mukim Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM), Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian, Marcus Logiau menyampaikan sumbangan takziah kepada wakil penerima Bailu Miod bagi keluarga mendiang Selima Sator dalam satu kunjungan di Kampung Kinasaraban, di sini, hari ini.
Marcus Logiau hadir mewakili Datuk Ewon Benedick, Timbalan Menteri III, Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah merangkap Ahli DUN Kadamaian, untuk sumbangan Touch Point ini, sebagai tanda keprihatinan kepimpinan terhadap kebajikan masyarakat yang ditimpa musibah.
Beliau berkata, sumbangan tersebut bukan sahaja bertujuan meringankan beban keluarga mendiang, malah sebagai simbol sokongan moral dan solidariti Datuk Ewon Benedick serta Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian kepada penduduk di kawasan berkenaan.

Sementara itu, keluarga mendiang Selima Sator menzahirkan penghargaan dan terima kasih atas keprihatinan yang diberikan, selain menghargai usaha berterusan wakil rakyat dalam mendekati serta membantu masyarakat setempat, khususnya ketika berdepan saat-saat sukar.


















Comments