Sumbangan Touch Point Bantu Wira SIB Lobong Lobong Sertai Konferens SIB Sabah 2025
- nabalunews
- 20 hours ago
- 1 min read

23 Ogos 2025
KOTA BELUD : Wakil Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N11 Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, iaitu Staff Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian, Solumin Solinu, baru-baru ini telah menyerahkan sumbangan Touch Point Perbelanjaan Persekutuan kepada Wira Gereja SIB Lobong Lobong di sini.
Sumbangan ini bertujuan untuk membantu menampung kos perjalanan dan penyertaan ahli Wira SIB Lobong Lobong ke Konferens Wira SIB Sabah 2025 yang dijadualkan berlangsung di Dewan Posisipungan, Keningau.
Menurut Solumin, inisiatif ini adalah selaras dengan komitmen Datuk Ewon dalam menyokong pembangunan belia serta penglibatan mereka dalam program kerohanian dan kepimpinan di peringkat negeri.
Pengerusi Wira SIB Lobong Lobong, Joseph Mintou, yang mewakili penerima sumbangan, merakamkan penghargaan kepada pihak berkenaan atas bantuan yang diberikan. Beliau menyifatkan sumbangan ini sebagai dorongan moral dan sokongan penting kepada golongan belia gereja untuk terus aktif dalam pelayanan serta pembangunan sahsiah mereka.
Comments