Sumbangan untuk lanjutan pengajian TVET
- nabalunews
- Jun 26
- 1 min read

26 Jun 2025
KOTA BELUD : Pemaju Masyarakat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Pusat Khidmat ADUN N.11 Kadamaian, Clarence Somuil telah mewakili Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.11 Kadamaian, untuk menyampaikan sumbangan pendidikan kepada seorang pelajar dari Kampung Tengkurus.
Sumbangan tersebut diberikan kepada Petra Lela Petrus yang akan melanjutkan pengajian dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Kampus Satelit CIAST, Bintulu, Sarawak, khusus dalam jurusan Kesetiausahaan Pentadbiran. Penyerahan sumbangan telah berlangsung di Pejabat ADUN N.11 Kadamaian baru-baru ini.
Ibu kepada pelajar berkenaan, Puan Sainih binti Tambokok, hadir sebagai wakil untuk menerima sumbangan tersebut. Bantuan ini bertujuan meringankan sebahagian kos asas termasuk perbelanjaan pengangkutan dan keperluan harian sepanjang tempoh perpindahan dan permulaan pengajian.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan wakil rakyat dalam menyokong pembangunan pendidikan anak muda di Kadamaian, khususnya dalam bidang TVET yang semakin relevan dan mendapat permintaan tinggi dalam pasaran kerja semasa.
Comentarios