top of page

Survival Match” Platform Kukuhkan Kemahiran Insaniah Siswa UMS

  • nabalunews
  • Jun 8
  • 1 min read

8 Jun 2026


KOTA KINABALU – Program “Survival Match: Serve with Heart, Discovery Connection” anjuran Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) bukan sahaja memenuhi keperluan pembelajaran kursus, malah menjadi platform penting dalam melahirkan mahasiswa yang seimbang dari segi pencapaian akademik dan penguasaan kemahiran insaniah.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor berkata, program berteraskan aktiviti interaktif dan pengalaman pelancongan itu turut memberi peluang kepada peserta menikmati pengalaman baharu yang bermakna dan menyeronokkan.

“Dalam usaha mengejar kecemerlangan akademik, program seperti ini menjadi medium penting untuk pelajar berehat, mengurangkan tekanan serta mengeratkan hubungan sesama mereka.

“Aktiviti seperti Explore Race, permainan berkumpulan dan aktiviti kebudayaan bukan sahaja mewujudkan suasana yang meriah, malah memupuk semangat kerjasama dan kebersamaan dalam kalangan peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program tersebut di Pantai Kemudi Ilmu, ODEC, UMS baru-baru ini.

Menurutnya lagi, aspek yang paling penting bukanlah kemenangan atau kekalahan, sebaliknya pengalaman berharga, kegembiraan serta semangat kebersamaan yang terjalin sepanjang program berlangsung.

“Program seumpama ini diharap terus diperkasakan pada masa hadapan dengan penyertaan lebih meluas daripada mahasiswa dan warga universiti.

“Acara seperti ini mampu menjadi wadah untuk melahirkan mahasiswa yang aktif, berdaya saing dan kreatif, selain memiliki semangat kerja berpasukan serta ciri kepimpinan yang kukuh,” ujar beliau.

Pada majlis itu, Kasim turut menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang Survival Match.

Hadir sama pada majlis tersebut Pengarah Pusat Penyelidikan Ekonomi Biru dan Keselamatan Maritim UMS, Prof. Datuk Dr. Ismail Ali; Dekan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan UMS, Prof. Madya. Dr. Mohd. Rahimie Abdul Karim; dan Dekan Sekolah Ekonomi dan Pengurusan Hebei Oriental University China, Prof. Fan Yue.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page