top of page

Suspek pengedar ganja ditahan bersama 24 paket ganja

  • nabalunews
  • 4 days ago
  • 1 min read

Rampasan ganja seberat 204.91 gram dianggarkan bernilai RM4, 500 di Jalan Ranggu.
Rampasan ganja seberat 204.91 gram dianggarkan bernilai RM4, 500 di Jalan Ranggu.

5 Julai 2025


TAWAU: Polis berjaya memberkas seorang suspek pengedar ganja selepas melakukan pemerhatian selama 15 minit terhadap sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota di Batu 8, Jalan Ranggu, Khamis lalu.


Penahanan itu membawa kepada rampasan sejumlah 24 paket plastik lutsinar berlainan saiz yang berisi ketulan tumbuhan mampat disyaki ganja seberat 204.91 gram, dianggarkan bernilai RM4,500.


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, suspek merupakan warga tempatan berusia 31 tahun yang turut didapati positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (ganja) semasa ujian saringan air kencing dijalankan.

Menurutnya, tangkapan dan rampasan itu dibuat sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau pada jam 9 malam yang bertindak atas maklumat dadah.


“Suspek dilihat dalam keadaan mencurigakan menaiki kenderaan tersebut di hadapan Era Mini Market Ranggu dan selepas pemerhatian selama 15 minit, pasukan menghampiri suspek.


“Suspek mengaku ada menyimpan ganja lalu menyerahkan satu plastik bertulis Mr DIY kepada polis dan pemeriksaan mendapati plastik itu mengandungi kotak bertulis Mr DIY yang di dalamnya terdapat alat penimbang digital dan tiga bekas plastik mengandungi 24 paket berisi ganja,”katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Turut dirampas, sebuah telefon bimbit dan kenderaan serta kunci yang dipercayai digunakan suspek untuk kegiatan pengedaran dadah.


Jasmin berkata, suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bagi siasatan lanjut kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.


Katanya, polis juga sedang berusaha mengesan rangkaian pengedaran dadah tersebut untuk siasatan.


Beliau menegaskan bahawa perbuatan mengedar, memiliki atau menyalahgunakan dadah merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang dan menyeru orang ramai bekerjasama menyalurkan maklumat kepada polis bagi bersama-sama membanteras kegiatan tersebut.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page