top of page

Suspek rempuh pejalan kaki ditangkap polis

  • nabalunews
  • 50 minutes ago
  • 1 min read

Suspek kes langgar lari di Batu 3 Jalan Apas berjaya ditangkap polis petang tadi.
Suspek kes langgar lari di Batu 3 Jalan Apas berjaya ditangkap polis petang tadi.

9 Jun 2025


TAWAU: Pemandu pacuan empat roda yang disyaki merempuh pejalan kaki sehingga tercampak ke dalam parit konkrit, Sabtu lalu, akhirnya berjaya ditangkap petang tadi.


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, suspek, 29, ditangkap jam 4.05 petang di IPD Tawau, Jalan Tanjung Batu bagi membantu siasatan.


Menurutnya, polis turut menyita sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux berwarna bronze mica yang dipercayai digunakan semasa kejadian.


Katanya, semakan mendapati cukai jalan dan insuran kereta tersebut sudah tamat tempoh.


"Siasatan kes diteruskan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu secara melulu dan membahayakan dan Seksyen 52(2) APJ 1987 iaitu tidak melapor kemalangan dalam tempoh 24 jam,"katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Dalam kemalangan jam 3.50 pagi minggu lepas, seorang pejalan kaki yang sedang berjoging bersama 20 rakannya dilaporkan mengalami pendarahan di kepala akibat dirempuh dari belakang oleh kereta suspek.


Katanya, mangsa bersama dua rakan yang berada di hadapan memimpin larian berkumpulan itu, dirempuh dari arah belakang sehingga menyebabkannya tercampak ke dalam parit konkrit.


Ketika itu, mereka sedang berjoging dari Mc Donald ke Bandar Sri Indah sebelum terlibat kemalangan.


Rakaman kejadian turut tular di media sosial dan polis memohon bantuan orang awam untuk mengesan suspek yang melarikan diri selepas kejadian.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page