top of page

Tanah di Felda Sahabat 22, 23 kekal hak milik Felda

  • nabalunews
  • Feb 26
  • 1 min read

26 Februari 2026


KOTA KINABALU: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mengekalkan hak milik tanah seluas 400 hektar di Felda Sahabat 22 dan 23 susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, semalam.


Felda berkata, pihaknya menghormati keputusan mahkamah yang membatalkan arahan Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah berhubung cadangan penyerahan 400 hektar tanah berkenaan yang dikaitkan dengan tuntutan Tanah Adat Anak Negeri (NCR).


Menurut agensi itu, tanah tersebut diperoleh secara sah oleh Felda melalui pajakan selama 99 tahun yang berkuat kuasa bermula 1 Januari 1984.


“Namun sejak 2009, kawasan ini menjadi subjek tuntutan oleh beberapa kumpulan yang mendakwa sebagai hak tanah adat.


“Bagi mendapatkan pencerahan isu ini, Felda membuat permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan yang dibuat sebelum ini, dan dengan keputusan ini, tanah itu kekal di bawah hak milik Felda,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.


Dalam pada itu, Felda menegaskan komitmennya untuk untuk terus melaksanakan pembangunan dan pengurusan ladang secara mampan demi kepentingan peneroka serta pembangunan ekonomi Sabah dan negara.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page