top of page

Tanah runtuh di KK timbus lima kenderaan, tiada mangsa cedera

Wartawan Nabalu News

13 Julai 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Lima kenderaan yang diparkir di tempat letak kereta Taman Publik Lintas Fasa 2 tertimbus akibat tanah runtuh yang berlaku malam tadi.


Menurut Ketua Balai BBP Lintas, PKPgB Agustavia Joe Guasi berkata, tiada sebarang mangsa cedera atau terperangkap dalam kejadian tersebut.


Pasukan bomba dan penyelamat yang tiba di lokasi tiga kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas berjaya mengeluarkan semua kenderaan yang tertimbus dengan menggunakan peralatan hidrolik.


Beliau berkata, panggilan mengenai kejadian itu diterima menerusi talian balai pada jam 8 malam dan sepasukan sembilan orang diketuai Pegawai Operasi, PBK II Mohd Faizal Alias bergegas ke lokasi.


"Setiba di lokasi, didapati satu insiden tanah runtuh telah berlaku melibatkan lima buah kenderaan tertimbus di bahagian belakang kereta yang berada di tempat letak kereta," katanya.


Beliau berkata, pasukan bomba seterusnya memasang sawar-sawar dan memberi nasihat kepada penduduk berhampiran untuk tidak menghampiri kawasan tanah runtuh tersebut.


"Setelah memastikan tiada keberbahayaan lain di lokasi, operasi ditamatkan pada jam 10.17 malam," tambahnya.


תגובות


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page