Tanah Runtuh, Dua Meninggal Dunia.
- nabalunews
- Sep 15
- 1 min read

15 September 2025
PAPAR: Dua beranak maut selepas dilaporkan tertimbus tanah runtuh dalam kejadian di Kampung Mook, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, kejadian difahamkan melibatkan tiga rumah yang ranap sepenuhnya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Rozlan Osman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 10.02 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terus dikerah ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi, kejadian tanah runtuh telah menghempap tiga buah rumah penduduk sehingga ranap.
“Terdapat dua orang mangsa tertimbus dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, kedua-dua mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut hadir membantu di lokasi kejadian.
Katanya, setakat ini, identiti kedua-dua mangsa masih belum dapat diperolehi dan mayat mangsa sudah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
“Operasi ditamatkan pada jam 2.25 petang namun pemantauan berterusan akan dijalankan dari semasa ke semasa,” katanya.


















Comments