- Wartawan Nabalu News
Team Siang Malam juara RSS D'Kiau Double Dart

2 Nov 2023
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA BELUD: Team Siang Malam menjuarai pertandingan RSS D'Kiau Double Dart selepas menewaskan 24 Team Falcon.
Tempat kedua dan ketiga pula masing-masing dimenangi oleh pasukan D'Kiau Koliposu dan SSG O/C.
Pertandingan itu diadakan di Dewan Kanso Kiau Teburi, disertai 25 pasukan dari pelbagai kawasan iaitu Kota Belud, Ranau, Tamparuli, dan Tuaran.
Pertandingan itu juga mendapat sokongan daripada komuniti setempat yang turut menyaksikan perlawanan-perlawanan yang menarik.