top of page

Teknologi mesin sulam berkomputer bantu penduduk Kg Piasau jana pendapatan

  • Wartawan Nabalu News
  • Oct 24, 2023
  • 1 min read

24 Oktober 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Seramai 40 orang penduduk Kampung Piasau di sini mendapat pendedahan tentang teknologi mesin sulam berkomputer yang boleh membantu mereka menjana pendapatan dengan menjual produk-produk sulaman yang berkualiti dan menarik.


Seminar keusahawan yang bertemakan "Menjana Pendapatan Menerusi Mesin Sulam Berkomputer" telah diadakan oleh Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia dan Pusat Latihan Kraftangan Epal dengan kerjasama daripada JKKK Kg Piasau pada Sabtu yang lalu.


Para peserta dalam seminar itu turut diberi demonstrasi penggunaan mesin sulam berkomputer dan berpeluang untuk mencuba sendiri membuat sulaman.


Seminar ini adalah sebahagian daripada usaha persatuan dan JKKK Kg Piasau untuk menggalakkan keusahawanan dalam kalangan masyarakat kampung yang berminat dalam bidang jahitan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page