- Wartawan Nabalu News
TEKUN Nasional hulur sumbangan kepada usahawan OKU, Francis Xavier

2 Feb 2023
Oleh Wartawan Nabalu News
PENAMPANG: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui agensinya Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) menyampaikan sumbangan kepada usahawan Orang Kelainan Upaya (OKU) Francis Xavier di Kampung Dabak, di sini.
Geran bantuan banjir berjumlah RM3,000 itu disampaikan oleh Setiausaha Politik Carl Moosom mewakili Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang juga Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick.
Sumbangan itu disampaikan semasa kunjungan pihak pengurusan TEKUN Nasional ke premis Francis Xavier di Kg Dabak Penampang, baru-baru ini.
Perniagaan kedai runcit yang diusahakan oleh Francis Xavier terjejas dan mengalami kerugian harta benda serta kerosakan barang jualan.
Sehubungan itu, atas dasar keprihatinan Tekun Nasional menghulurkan geran bantuan banjir bagi mengurangkan sedikit bebanan usahawan OKU berkenaan.