top of page

Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia

  • Wartawan Nabalu News
  • Jan 16, 2022
  • 1 min read


16 Januari 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Kejadian letusan gunung berapi di dasar laut perairan Tonga tengah hari semalam tidak memberi ancaman tsunami kepada Malaysia.


Menurut Ketua Pengarah MetMalaysia Muhammad Helmi Abdullah, berdasarkan pemantauan berterusan, semakan bacaan tolok pasang surut serta boya antarabangsa dan tempatan, serta maklumat laman sesawang Regional Tsunami Service Providers (RSTSP) didapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.


“Jabatan Meterologi Malaysia akan sentiasa memantau secara berterusan perkembangan kejadian ini dan memaklumkan sebarang perkembangan terkini yang berkaitan dari semasa ke semasa.


“Sila dapatkan maklumat gempa dan amaran tsunami terkini menerusi media sosial dan laman web rasmi MetMalaysia atau di aplikasi myCuaca,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Kelmarin gunung berapi di dasar laut di perairan Tonga meletus menyebabkan tsunami di pulau terbesar Tonga, Tongatapu dan juga di kepulauan Ogasawara, Jepun.


Susulan letusan gunung berapi tersebut amaran tsunami turut dikeluarkan di kepulauan Tonga dan di pantai timur Jepun.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page