Tiada sekolah pada 19 April, KPM umum cuti khas sempena Aidilfitri
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Tiada sekolah pada 19 April, KPM umum cuti khas sempena Aidilfitri


12 April 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Semua kakitangan awam di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menikmati cuti khas pada 19 April ini sempena Aidilfitri.


Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan pandangan pelbagai pihak dan untuk kesejahteraan warga KPM dan guru.


Beliau juga mengumumkan bahawa tiada sesi persekolahan pada tarikh tersebut.


"Kita ambil kira semua pandangan semua pihak dan untuk kesejahteraan mereka, khusus warga KPM dan guru kita, untuk mereka pulang ke kampung. Selamat bercuti," katanya kepada media baru-baru ini.


Sebelum ini, Presiden Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia, Jasni Md Kechik berkata, terdapat keperluan untuk KPM mengkaji semula hari permulaan cuti sekolah sempena Aidilfitri sekiranya perayaan itu jatuh pada 21 April ini.


Perkara itu juga katanya, berdasarkan kepada pandangan ibu bapa yang mahu anjakan tarikh baharu bagi memudahkan rancangan perjalanan selain memastikan keselamatan warga guru dan pelajar terjamin.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page