Tiada tawaran geran, bantuan kewangan melalui Aplikasi WhatsApp – SSMJ
- nabalunews
- 3 days ago
- 1 min read

7 September 2025
KOTA KINABALU: Sekretariat Sabah Maju Jaya (SSMJ) menegaskan tiada sebarang tawaran geran, bantuan kewangan atau skim khas dikeluarkan pihaknya kepada orang awam melalui aplikasi WhatsApp dan saluran tidak rasmi lain.
Ketua Pegawai Penyelarasnya, Datuk Rosmadi Datu Sulai berkata, mesej, iklan atau tawaran yang menggunakan nama pegawai atau nama SSMJ untuk tujuan tersebut adalah palsu dan tidak sahih.
“Tiada sebarang tawaran geran, bantuan kewangan atau skim khas dikeluarkan oleh pihak Sekretariat melalui WhatsApp, mesej peribadi atau saluran tidak rasmi.

“Orang awam diingatkan agar tidak memberikan maklumat peribadi, membuat sebarang pembayaran atau memberi maklum balas kepada mesej berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam paada itu, beliau berkata SSMJ komited memastikan segala maklumat rasmi hanya disalurkan melalui saluran komunikasi yang sahih dan diiktiraf.
Comments