Tiga Daerah Diisytihar Kawasan Bencana
- nabalunews
- Mar 20
- 1 min read

20 Mac 2025
KOTA KINABALU: Daerah Sandakan, Beluran dan Pitas diisytihar sebagai kawasan bencana selepas beberapa kampung dilanda banjir sejak malam tadi.
Di Sandakan, kawasan yang terjejas ialah Kampung Sungai Memanjang dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka iaitu di Masjid Nur Iman, Sungai Memanjang dan Masjid Nur Hidayah, Kampung Garinono.
Pemindahan mangsa dilaksanakan sejak pagi tadi setelah kediaman penduduk mula dinaiki air dan tidak selamat untuk diduduki.

Bagi daerah Beluran, seramai 65 mangsa sudah dipindahkan di dua PPS sejak malam tadi dengan masing-masing 20 mangsa di Dewan Kampung Balaban Jaya dan 45 mangsa di Dewan Kampung Sungai Nangka.
Manakala bagi daerah Pitas, belum ada PPS dibuka setakat ini, namun belum ada laporan pembukaan PPS oleh Pegawai Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), Asdie @ Mohd Faizal Hussin.
Banjir di tiga daerah terbabit berpunca daripada hujan berterusan sejak semalam yang menyebabkan paras air beberapa sungai meningkat hingga melimpahi tebing dan membanjiri kawasan rendah.

Berdasarkan laporan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selain banjir, kejadian tanah runtuh turut dilaporkan berlaku di Taman Sentosa Sandakan pada jam 9 pagi tadi.


















Comments