top of page
nabalunews

Tiga lagi kelab Karate ditubuhkan di Tenom






5 Disember 2024


TENOM: Sukan Karate semakin mendapat tempat dan sambutan di kalangan penduduk Tenom apabila 3 lagi Kelab Karate dibawah Persatuan Karate Sabah (SKA) Daerah Tenom ditubuhkan di gabungan tiga buah kampung iaitu Pamilaan, Tipoh dan Pangalat ( PTP ).


Penubuhan Kelab itu adalah atas sokongan dan kerjasama diantara SKA Tenom dan masyarakat kampung yang terlibat.


Majlis pelancaran Kelab Karate gabungan tiga buah kampung itu disempurnakan oleh Ketua Kampung Tipoh, Nazarius Garimus yang berlangsung di Dewan St. Pius Pamilaan pada Isnin lepas.


Nazarius dalam ucapannya berkata, majlis yang bersejarah dalam SKA Tenom ini menambahkan lagi bilangan keahlian dan pelatih sukan Karate di daerah ini.


Beliau juga menyifatkan penubuhan Kelab Karate PTP sebagai amat berfaedah dan membantu menyediakan satu lagi ruang untuk membentuk disiplin generasi muda menjadi ahli masyarakat yg baik dan bertanggungjawab pada masa depan.


Terdahulu Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kelab Karate PTP Jamri Hashim merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada SKA Tenom kerana berusaha mengadakan kelas latihan sukan Karate kepada masyarakat terutama sekali untuk golongan anak-anak muda iaitu belia dan beliawanis di tiga buah kampung terbabit.


Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan sekolah St. Pius Pamilaan kerana sokongan dan kerjasama memberi kebenaran penggunaan Dewan Sekolah bagi tujuan latihan Karate.


"Aktiviti program seperti ini amatlah dialu-alukan, saya bagi pihak semua ibubapa di kawasan ini menyokong dan akan memberi kerjasama sepenuhnya usaha pihak Persatuan Karate Sabah Daerah Tenom dan semua pihak yang menjayakan kegiatan seperti ini" kata Jamri.


Antara yang hadir di majlis itu ialah Presiden SKA Tenom Depaul Lantik bersama beberapa orang AJK tertingginya, Ketua Jurulatih SKA Tenom Sensei Loh Kin Fong, dan

Ketua-Ketua Kampung, kampung yang terlibat.


Mantan Presiden SKA Tenom selama sembilan tahun Saimon Motigal dan hampir kesemua pelatih senior juga turut hadir sebagai tanda sokongan kepada Kelab Karate PTP.

ความคิดเห็น


bottom of page