top of page

Tiga Maut, Tiga Lagi Parah Kemalangan Di Jalan Sandau Lahad Datu-Sandakan

  • nabalunews
  • Oct 9
  • 1 min read

ree

9 Oktober 2025


LAHAD DATU: Tiga maut manakala tiga lagi parah selepas kereta dinaiki terbabas sendiri sebelum terbalik dalam kejadian kemalangan di Batu 18, Jalan Sandau Lahad Datu-Sandakan, di sini, hari ini.


Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, tiga mangsa terdiri daripada dua wanita dan seorang lelaki berusia lingkun 36 hingga 41 tahun.


Manakala tiga lagi mangsa yang parah melibatkan seorang mangsa lelaki dan dua wanita berusia 40-an.

ree

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 3.05 petang.


Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terus dikerah ke lokasi kejadian.


“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga BLM yang dipercayai terbabas sendiri sebelum terbalik dan melibatkan enam mangsa warga Indonesia.


“Dua mangsa lelaki tersepit di dalam kenderaan dan pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas rescue tools RTA,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, tiga mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan seterusnya diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya.


Katanya, tiga lagi mangsa yang mengalami kecederaan parah di hantar ke hospital menggunakan Ambulan KKM.


“Setelah memastikan keadaan selamat operasi ditamatkan pada jam 5.27 petang,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page