Tiga Pelumba Sabah Rangkul Pingat Kejohanan XCO Kebangsaan
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Tiga Pelumba Sabah Rangkul Pingat Kejohanan XCO Kebangsaan


Lenus (lima dari kanan) bergambar bersama pelumba dari Sabah.

28 Mac 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Pelumba Sabah Natahsya Soon yang terpilih mewakili Malaysia dalam acara berbasikal Sukan SEA di Vietnam pada Mei ini antara peserta yang memenangi pingat pada Kejohanan Cross Country Olympic (XCO) Kebangsaan Siri 1 di Johor.


Seramai lapan pelumba dari Sabah menyertai kejohanan itu yang diadakan di Sireh Park Iskandar Johor pada 25 dan 26 Mac lalu.


Natahsya Soon terpaksa akur dengan keputusan di tempat kedua dalam acara XCO kategori wanita elit dengan catatan masa 1:14:47 saat.


Natahsya Soon memenangi tempat kedua,

Dalam acara yang sama Ainie Markus memenangi tempat ketiga bagi kategori wanita bawah 23 tahun.


Manakala Dreviona Magdelynna Davin pula memenangi tempat kedua dalam acara Cross Country Shot Track (XCC) dengan catatan masa 0:17:52 saat.


Dreviona Magdelynna Davin memenangi tempat kedua.

Rakannya Alyssa Anne Molie menduduk tempat kelima dalam acara itu.


Bagi acara XCO kategori lelaki bawah 23 tahun, Mohd Faizikry Jumah menduduki tempat keempat.


Pemangku Presiden Persatuan Berbasikal Sabah Lenus Sampil berkata, beliau berpuas hati dengan pencapaian para atlet berbasikal dari Sabah walaupun peserta hanya menduduki tempat kedua dan ketiga kerana ia adalah penyertaan pertama mereka selepas pandemik Covid-19.


“Oleh sebab, pandemik Covid-19, mereka masing-masing mengadakan latihan sendiri. Kesemua peserta dari pelbagai daerah iaitu Ranau, Nabawan, Tambunan dan Penampang,” katanya.


Beliau yang juga Pengurus Pasukan berharap para pelumba basikal Sabah dapat memperbaiki prestasi masing-masing pada kejohanan berbasikal Mei ini.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page