top of page

Tiga Saksi Penting Kes Bunuh Cuba Dikesan.

  • nabalunews
  • 4 minutes ago
  • 1 min read

ree

17 November 2025


PENAMPANG: Polis daerah ini cuba mengesan tiga individu yang diperlukan untuk memberi keterangan sebagai saksi dalam satu perbicaraan kes bunuh di Mahkamah Tinggi Jenayah 2, Kota Kinabalu.


Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, usaha mengesan semua saksi ini amat penting bagi membantu kelancaran prosiding mahkamah.


Katanya, kes melibatkan laporan polis yang dibuat di Penampang yang sedang dibicarakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


“Tiga saksi yang diperlukan ialah Suriana Kassim, 42 tahun yang beralamat terakhir di Tanjung Aru Baru, bersama seorang lagi lelaki warga asing bernama Ibno Hashim Leman serta Sharif Abdul Kadir Abdul Moin, 35 tahun.


“Polis meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai ketiga-tiga saksi tersebut untuk tampil membantu siasatan,”’katanya.


Sehubungan Sammy berkata, orang awam yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan IPD Penampang, ASP Andi Ma’mur bin Halwati di talian 019-5853918.


Sammy turut menggesa kerjasama masyarakat dalam membantu pihak polis memastikan perbicaraan mahkamah dapat berjalan dengan lancar dan adil.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page