top of page

Tiga sekolah rendah di Sabah masih ditutup berikutan banjir

  • Writer: Marryan Razan
    Marryan Razan
  • Jan 10, 2022
  • 1 min read

Gambar hiasan

10 Jan 2022

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Pengoperasian dua buah sekolah rendah iaitu SK Penontomon Pensiangan dan SK Pantai Boring Beluran serta sebuah prasakolah di SK Lago Beaufort masih ditangguh berikutan banjir.


Sehubungan itu Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Mistirine Radin berkata, kesemua 169 murid di sekolah berkenaan akan mengikuti pembelajaran secara dalam talian bermula hari ini.


“Tiga sekolah menangguhkan pengoperasian kerana sekolah berkenaan masih dilanda banjir atau banjir baru surut dan sedang dalam pembersihan.


“Murid-murid di sekolah berkenaan akan mengikuti pengajaran dalam pembelajaran di rumah (PdPR) mulai hari ini (10 Januari) sehingga sekolah selamat dan bersih untuk persekolahan bersemuka,” katanya, hari ini.


Mistirine berkata daripada 169 murid itu, 69 murid di SK Penontomon, 85 murid SK Pantai Boring dan 15 murid SK Lago (Prasekolah).

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page