Amaran Ribut Petir Di Pedalaman dan Pantai Timur Sabah
- nabalunews
- Jun 2
- 1 min read

1 Jun 2025
KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa daerah di kawasan pedalaman dan Pantai Timur negeri ini.
Antara kawasan yang dijangkakan akan dilanda cuaca buruk itu ialah daerah Tenom, Nabawan dan Keningau.
Selain itu, turut diletakkan amaran berjaga-jaga adalah daerah Pantai Timur iaitu daerah Tawau, Tongod, Kinabatangan serta Sandakan sehingga jam 1 pagi, esok.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan MetMalaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.
תגובות