Tinjauan Lokasi Projek Infrastruktur Kampung Angkat MADANI
- nabalunews
- Jul 18, 2025
- 1 min read

18 Julai 2025
KOTA BELUD: Satu tinjauan awal bagi cadangan pelaksanaan projek-projek kecil infrastruktur di bawah Program Kampung Angkat MADANI telah dijalankan di Zon Kiau, yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.11 Kadamaian.
Tinjauan ini diketuai oleh Pengarah Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) Sabah, Moro Jarani, bersama pasukannya yang terdiri daripada Timbalan Pengarah PKK Sabah, Mohd Irsyad Islam Muhammad Amin; Penolong Jurutera Kanan, Mohd Zainie Maznie; Penolong Jurutera, Wisnuararyabintara Mohd Rivai; serta Pemaju Mukim N.11 Kadamaian, Anichlose Kesimin.
Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah beberapa pemimpin komuniti tempatan, antaranya Pengerusi JKKK Kg. Kiau Nuluh, Rayner Yukun; Pengerusi JKKK Kg. Kiau Taburi, Stepban Sendeh; Pengerusi JKKK Kg. Kiau Bersatu, William Ginting; serta wakil komuniti Zon Kiau, Dolois Sumbin.
Antara cadangan projek yang dikenal pasti termasuk:
Penambahbaikan jalan menuju ke padang kampung
Naik taraf dewan serbaguna dan klinik desa
Pembinaan dan penaiktarafan jalan ke kawasan perkuburan
Pembinaan sistem perparitan
Penambahbaikan jalan perumahan serta kemudahan di padang kampung
Program ini diharapkan dapat memberi manfaat secara langsung kepada penduduk setempat menerusi penyediaan kemudahan asas yang lebih baik, sejajar dengan aspirasi Kerajaan MADANI untuk memperkasa komuniti luar bandar.















Comments